I made this widget at MyFlashFetish.com.

~~WELCOME~~

~~I LOVE MY DEAREST FREND~~

~~ILOVE U ALL~~

Monday 28 November 2011

SUKAR UNTUK BERKATA SAYA TIDAK TAHU

Teringat akan pengalamanku ketika Form 6 dahulu, perkara ini terjadi selepas aku menjadi imam terawih di masjid kawasan Kok Lanas. Selepas tamat solat terawih pada malam itu ada seorang makmum bertanya kepadaku : "Tak salah ke kalau baca Surah al-Fatihah ketika imam juga baca al-Fatihah ?"
Fuh! terkial-kial aku nak fikirkan jawapan untuk soalan makmum tersebut, itulah kali pertama aku ditanya dengan soalan furu' macam tu. Memang pening aku dibuatnya ketika itu tetapi aku buat-buat seolah-olah aku tahu jawapannya.
Tanpa jawapan yang sohih aku terus menjawab : "Mana boleh makcik.."
Ketika aku menjawab soalan tersebut, aku cuma terfikir bahawa jika aku menjawab tidak tahu, sudah tentu makmum-makmum lain akan mengatakan: "Apa la dia ni, soalan macam tu takleh nak jawab, tak payah jadi imam la."
Sehingga ke hari ini aku rasa bersalah kepada makmum tersebut, sepatutnya aku terus jawab: "Maaf makcik saya tidak tahu. Makcik cuba tanya pada orang yang lebih arif ye.."
Selepas kejadian tu barulah aku study betul-betul tentang pembacaan al-Fatihah dalam solat.
Rasa bersalah tersebut timbul bukan kerana aku menjawab soalan tu secara hipokrit dan ego sahaja tetapi aku sepatutnya perlu mendahulukan dengan jawapan yang nyata kemudian disusuli dengan anjuran supaya menumpukan prioriti semasa.
Sebenarnya terdapat banyak pendapat tentang pembacaan al-Fatihah ke atas makmum, aku juga tidak menyangka bahawa jawapan yang aku berikan kepada makcik tersebut ada di dalam satu pendapat jumhur ulama' bahawa para makmum perlu diam ketika imam membaca al-Fatihah dan surah-surah lain.
Ada juga dikalangan 'ustaz' yang kelihatan seperti sering mengelak daripada diajukan soalan furu'. Ingin ditekankan di sini walaupun kita berpendirian serius menumpukan terhadap perkara usul, tidak bermakna kita boleh melepaskan diri daripada menjawab soalan-soalan furu' yang ditanya oleh masyarakat. Sudah menjadi tanggungjawab seorang ustaz untuk merungkaikan soalan yang diajukan oleh masyarakat.
Jangan disebabkan kita tidak tahu menjawabnya, kita terus mengelak daripada disoal. Hal ini akan menjauhkan kita dengan mad'u dan mengundang pertikaian masyarakat.
Imam al-Muhasibi menegaskan ; "Janganlah malu apabila ditanya tentang perkara yang tidak diketahui agar mengaku: Saya tidak tahu."(1)
Imam al-Munawi pula menegaskan ; "Jawapan 'saya tidak tahu' bukti betapa hebatnya kedudukan, betapa kuatnya pegangan agama, terzahir sifat taqwa terhadap Tuhannya, menyatakan kesucian hati, sempurna pengetahuan dan betapa tulus niatnya."(2)
Pengakuan 'saya tidak tahu' bukannya akan merendahkan martabat seseorang, sebaliknya ia adalah sifat terpuji dan bukti memelihara amanah terhadap ilmu. Elakkan dari sifat apabila tidak tahu dibalas dengan jawapan sesuka hati tanpa diketahui sejauh mana kebenarannya semata-mata untuk menjaga air muka.
Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata ;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau. berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu."
Disebutkan juga nasihat ini oleh Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi di dalam kitab I'lam al-Muwaqqi'in.(3) Imam Malik turut berpesan;
"Tirai bagi orang berilmu adalah dengan berkata 'tidak tahu', kerana apabila dia terlupa, jawapan sedemikian pasti akan membenarkan soalan."(4)
Ibnu Abbas pernah bertanya kepada sahabat-sahabatnya : "Adakah kalian semua mahu agar aku tunjukkan sesuatu ilmu yang besar?"
Mereka menjawab: "Sudah tentu."
Ibnu Abbas berkata: "Apabila seseorang ditanya akan perkara yang dia tidak tahu, maka dia berkata Allah S.W.T dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." (5)
Kesimpulannya, seorang pengajar bertanggungjawab terhadap pelajarnya. Ilmu merupakan amanah besar yang diberikan oleh Allah S.W.T. Tanggungjawab kita apabila mengetahui sesuatu perkara agar menjawab dengan cermat. Namun bagi orang yang bertanya juga perlu memahami bahawa semua orang yang alim tidak semestinya ilmunya meliputi seluruh perkara. Orang yang alim tidak akan lari dari resam seorang manusia, ada yang dia ketahui dan ada yang tidak diketahuinya. Justeru, jangan mudah memperlekeh atau mempertikai seseorang yang menjawab dengan jawapan "SAYA TIDAK TAHU".
Rujukan:
(1): Risalah al-Mustarsyidin, m.s 82
(2): Faidh al-Qadir, jilid 4, m.s 500, syarah athar
(3): m.s 83-84 (Di ambil daripada ta'liq Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah)
(4): Imam al-Zahabi, Siar A'lam al-Nubala', jilid 3 m.s 3152
(5): Imam Suyuthi, Adab al-Fatya m.s 85

BERHATI-HATI KETIKA MENGHARAP

 "Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?"
Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan.

Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberikan kesegaran kepada iman untuk sentiasa bertahan.
Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada permasalahan.
Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan.
Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapan tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tak punya untuk memberi?
Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya pagi dan petang? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan.
Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi.
Padahal orang yang kita harapkan tersebut tak berdaya untuk memenuhi harapan dirinya sendiri.
Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam.
Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikitpun merasa terikat dengan ketentuan Allah.
Jika orang sebegini yang kita harapkan, adakah dia akan membawa kita mendekati Tuhan?
Harapan tak tertunai, bahkan iman terungkai-rungkai ikatannya.
"Jangan risau, kalau aku ada, mesti ok punya semua benda."
"Hanya aku seorang yang boleh diharapkan."
Kata-kata sombong apakah itu? Seolah-olah dirinya adalah Tuhan yang menentukan segala keadaan.
Tanpa dia, mungkin keadaan menjadi kurang baik. Namun, dengan dia, adakah keadaan semestinya baik tanpa izin Tuhan?
Jika ada orang yang kita harapkan mengatakan begitu, berhati-hatilah, boleh jadi kita sedang mengharap pada yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan.
Bukan tidak boleh kita percaya diri, meletakkan harapan kepada manusia.
Namun, cukuplah harapan itu setakat yang patut.
Jangan sampai harapan itu melangkaui harapan tertinggi yang seharusnya diberikan kepada Allah mutlak.
Tak ada gunanya mengharap kepada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan, kerana kelak kita akan disesatkannya.
Pengabdian kita kepada Allah akan tercalar.
Berharaplah kepada manusia untuk berbuat sekadar kemampuannya, namun keizinan untuk sesuatu itu terjadi tetap harus dikembalikan urusannya kepada Allah.
Pengharapan yang tidak patut kepada manusia selalu terjadi tanpa kita sedari. Pengharapan yang tidak langsung diikat dengan pengharapan kepada Allah.
Contohnya, selalu kita terlalu mengharap manusia memberikan cinta kepada kita sedangkan Allah yang menumbuhkan cinta dalam hatinya.
Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Allah agar mengurniakan rasa cinta tersebut?
Walaupun pengharapan tidak memansuhkan ikhtiar, namun pengharapan yang tepat akan menjadikan ikhtiar kita lebih berkat.
"Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada dia untuk melaksanakan tugas yang aku berikan."
Itulah bentuk pengharapan yang lebih baik. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.
Tuntasnya, hubungan berbentuk horizontal yang tidak diikat dengan hubungan vertical akan menimbulkan kecelaruan dan kegoyahan.
Horizontal saya maksudkan sebagai hubungan sesama manusia, vertical sebagai hubungan dengan pencipta.
Hubungan horizontal yang tidak ada ikatan vertical adalah ibarat sebuah kipas syiling yang berpusing tanpa tergantung pada syiling, putarannya bukan menyejukkan, tapi menghancurkan.
Jauhkanlah diri kita daripada berharap secara keterlaluan kepada manusia sehingga langsung melupakan pengharapan kepada Allah.
Lebih parah kalau manusia yang kita harapkan itu memang tak pernah mengharap kepada Tuhan.
Manusia terbatas kemampuannya sedangkan Allah tak ada istilah tidak mampu bagi-Nya.
Apabila Dia mengatakan jadi, maka jadi.
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." - Al-Insyirah: 7-8
Wallahua'lam.

Thursday 24 November 2011

WANITA HIASAN DUNIA

wanita2 hiasan dunia

Salam... emm..hehe... wanita jenis ni la yg jd hiasan dunia...


1. Wanita yang menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya

2. Wanita yang Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia. Tidak berdusta dan riak..

3. Wanita yang Berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya. Ia senantiasa mendoakan orang tuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya.

4. Ia taat kepada suaminya.Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang Islami. Jika dilihat menyenangkan, bila dipandang menyejukkan dan menentramkan bila berada didekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkannya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan gairah dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah

5. Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya nanti

6. Ia bermanfaat dilingkungannya. Pengabdiannya kepada masyarakat dan agama sangat besar. Ia menghadap kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya

7 Ia Berusaha menjadikan potensi yang ada pada dirinya sebagai sumber penghasilan yang dapat membantu perekonomian keluarga minimal untuk berinfaq,bersadaqah dan berzakat

8. Ia Senantiasa mengingatkan suaminya agar mencari nafkah dengan cara yang halal,tidak menipu dan korupsi (rasuah)

9. Ia menjadi orang yang bermanfaat disekelilingnya. Menjadi contoh dan tauladan bagi orang-orang yang mengenalnya

10. Ia pandai mengelola kewangan keluarga dengan berinvestasi yang amat menguntungkan

Tuesday 15 November 2011

MUJAHIDAH ISLAM


Wahai Mujahidah Islam.,
Ke mana sahaja kakimu melangkah,
hayunlah langkah gagahmu,
sebagai mujahidah unggul!
Membawa selembar watikah perjuangan,
Berbekalkan semangat waja,
Kental di jiwamu..
Lalu..
Kusisipkan doa-doa harapan
Buat pembakar jiwa mudamu..
Biar berapi semangatmu itu..
Seberani saidina Umar Al-Khattab
Biar gah namamu,
Segah saidatina Aisyah..
Biar dunia pula menjulang namamu..
Inilah mujahidah moden..
Penyambung warisan dan misi Hasan Al-Bana
Sedarilah wahai mujahidah..
Dunia kian dihakis daripada keamanan
Menuntut diadili dari kekejaman..
Mengertilah wahai mujahidah..
Dunia menuntut pengorbanan usia remjamu..
Rawatilah ia dengan Al-Quran dan As-Sunnah..
Julanglah ia dengan kemenangan Islam..
Maralah wahai mujahidah Islam..
Menuju mardatillah..